|
|||||||||||||||||||||||||||||||
RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM
Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat
dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen.
Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada
diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang
diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser
endometrium.
Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser
endometrium
a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai
simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
di lapisan
lemak badan.
b. Wanita yang sukar mendapatkan anak
ataupun mandul.
c. Wanita yang menghidap penyakit darah
tinggi
d. Wanita yang menghidap penyakit kencing
manis
e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser
wanita .
f. Wanita yang mengambil ubat hormon
Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap
kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi
dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan
mengidap kanser rahim.
g. Wanita yang mengambil hormon estrogen
yang berpanjangan. Wanita yang putus haid
perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan
mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih
lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini
perlu diambil bersama hormon progesteron.
Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka
mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin
mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan
Pakar Sakitpuan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||
selamat datang
Thursday 9 February 2012
APA ITU KANSER RAHIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kata kerja
Kata kerja bm
View more presentations from sbriah67.
No comments:
Post a Comment