1. Imbuhan ber- dapat berubah menjadi be-, bel-, dan tetap sebagai ber-, bergantung kepada kata-kata yang digunakan seperti keterangan yang berikut:
(a) menjadi ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya: rakit => berakit
renang => berenang
serta => beserta
b) menjadi bel- hanya apabila bertemu dengan kata ajar.
ajar = belajar
(c) tetap sebagai ber- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan
ada => berada
ekor =>berekor
nasib=> bernasib
pisah => berpisah
sumpah=> bersumpah
2. Kata-kata yang berawalan berdapat disertai akhiran -an dan -kan menjadi ber...an dan
ber...kan.
Misalnya: berdekatan, bertempiaran, berasaskan, berpandukan, berdasarkan,dan sebagainya.
3. Imbuhan ter-, ter...i, dan ter...kan
Imbuhan ter- dapat berubah menjadi te- dan tetap sebagai ter- seperti penyataan yang berikut:
(a) menjadi te- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya:
rasa => terasa
rendam=> terendam
serlah =>teserlah
sergam =>tesergam
(b) tetap sebagai ter- apabila
bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan:
bangun=> terbangun
fikir =>terfikir
kumpul =>terkumpul
lambat => terlambat
pisah=> terpisah
ubat=> terubat
4.Kata-kata yang berawalan ter- dapat disertai akhiran i- dan -kan menjadi ter ...i dan ter ...kan.
Contohnya: terpenuhi, teratasi, terhindari, terkalahkan, terkatakan,dan sebagainya.
5. Imbuhan men- , men. .i dan men.. kan
Contohnya:
a. Imbuhan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, dan tetap
sebagai men- bergantung kepada kata-kata yang digunakan seperti dalam keterangan yang berikut:
b. menjadi men- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah c, d, dan j.
Contohnya:
c - cuba => mencuba
d -daki => mendaki
j - jual => menjual
c. menjadi meng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermuladengan huruf a, e, i, o, u, g,dan h.
Contohnya:
a -ambil => mengambil
e -elak => mengelak
i - ikut =>mengikut
o - olah =>mengolah
u -ubah m=>engubah
g -gigit =>menggigit
h -hantar => menghantar
d. menjadi menge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata saja.
Contohnya:
bom => mengebom
cat =>mengecat
cam =>mengecam
lap => mengelap
6. Kata-kata yang bermula dengan
huruf k, s, p, dan t bertukar menjadi ng, ny, m, dan t apabila bertemu dengan awalan men -.
Contohnya:
(a) k menjadi ng
kecil => mengecil
(b) s menjadi ny
sikat => menyikat
(c) p menjadi m
paksa =>memaksa
(d) t menjadi n
tunggu => menunggu
7. Kata yang berawalan men- dapat disertai akhiran -i dan -kan menjadi men ...i dan men ...kan.
Contohnya:
menghadiahi, mengetuai, membiayai, merasmikan, mengamalkan, mengesahkan, membiarkan, dan sebagainya.
(a) menjadi me- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah l, m, n, ng, ny,r, w, dan y.
Contohnya: l - larang =>melarang
m - minta => meminta
n - naik =>menaik
ng -nganga =>menganga
ny - nyala => menyala
r - rawat => merawat
w -wangi =>mewangi
(b) menjadi mem- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah b, f
Contohnya:
b - baca =>membaca
f -fitnah =>memfitnah
Imbuhan per- dan per...an
- Imbuhan per- tetap sebagai per atau berubah menjadi pe- atau pel seperti yang berikut:
(a) tetap sebagai per- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan t
Contohnya:
b - perburu
t - pertapa
b) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata ajar, iaitu pelajar.
(c) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan.
Contohnya:
juang=> pejuang
kerja =>pekerja
lumba =>pelumba
salah =>pesalah
tani => petani
8. Kata-kata yang berawalan per- dapat disertai akhiran -an menjadi per ...an.
Contohnya:
perdamaian, perjumpaan, perkongsian, permintaan, persatuan, dan sebagainya.
9. Imbuhan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, penge-, dan tetap sebagai pen- seperti yang berikut:
(a) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, r, dan w. Contohnya:
pelayan, pemain, penasihat, penyata, peronda, dan pewangi.
(b) menjadi pem- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.
Contohnya:
pembesar, pembasmi, dan pemfitnah.
(c) menjadi pen- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z.
Contohnya:
pencari, penduduk, penjaga, pensyarah, dan sebagainya.
(d) menjadi peng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, dan kh. Contohnya:
pengarah, pengedar, pengikut, pengulas, pengganas, penghibur, dan pengkhianat.
(e) menjadi penge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata.
Contohnya:
pengebom, pengecat, dan pengelap.
Kata-kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t pula akan bertukar menjadi ng, ny, m, dan n apabila bertemu dengan awalan pen-.
Contohnya:
(a) k berubah menjadi ng;
ketam =>pengetam
(b) s berubah menjadi ny;
sayang =>penyayang
(c) p berubah menjadi m; putar =>pemutar
(d) t berubah menjadi n;
tonton =>penonton
Kata-kata yang berawalan pendapat disertai akhiran -an menjadi pen ...an.
Misalnya: pelarian, pembasmian, pendakian, penghakiman, pengecatan, dan sebagainya.
9 . Imbuhan ke- dan ke...an
Imbuhan ke- bertugas untuk membentuk kata nama, kata bilangan tingkat, dan kata bilangan himpunan.
Contohnya:
tua=> ketua (kata nama)
hendak =>kehendak (kata nama)
tiga=> ketiga (kata bilangan tingkat)
dua => kedua-dua (kata bilangan himpunan)
10.Imbuhan ke- dapat disertai akhiran -an menjadi ke...an.
Contohnya:
kerajinan, kedatangan, kesihatan,dan sebagainya.
11. Ada ketikanya kata berimbuhan ke...an digunakan dalam ayat pasif.
Contohnya:
(a) Semalam saya ketinggalan bas.
(b) Budak itu dikejarkan ke hospital kerana keracunan.
12.lmbuhan di-, di...i, dan di...kan
a. Kata-kata yang berimbuhan di- digunakan dalam ayat-ayat pasif.
b. Antara beberapa contoh kata yang berawalan di - itu termasuklah diambil, dibawa, dicuri,
dicari, dibuang, diaimpan, dan sebagainya.
c. Kata-kata yang berimbuhan di...i digunakan dalam ayat-ayat pasif juga.
d. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di...i itu termasuklah diatasi, dibebani, dicurigai, didekati, difahami, diikuti, dihindari, dan sebagainya.
e. Seperti kata-kata yang berimbuhan didan di...i, kata-kata yang berimbuhan di...kan pun digunakan dalam ayat-ayat pasif.
f. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di...kan itu termasuklah didirikan, diedarkan,
dielakkan, diberikan, digugurkan, diadakan, dilakukan, diturunkan, dan sebagainya.
13. Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita
a. Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita digunakan untuk membentuk kata nama terbitan.
b. Kesemua imbuhan ini diletakkan diakhir kata, yakni sebagai akhiran.
c. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -an termasuklah ancaman, bacaan, buatan,
catatan, edaran, giliran, harapan, kurungan, lautan, minuman, makanan, suruhan, tanaman, utusan,
dan sebagainya.
d. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -man termasuklah budiman dan seniman.
e. Beberapa contoh kata yang berakhiran -wan pula ialah dermawan, jutawan, jelitawan,
rupawan, budayawan, ilmuwan, olahragawan, angkasawan, dan sukarelawan.
f. Contoh kata-kata yang berakhiran -wati ialah seniwati, olahragawati, dan sukarelawati.
g. Contoh kata yang berakhiran … ita hanya satu, iaitu biduanita.
No comments:
Post a Comment